Selamat Datang

Jejak Sempadan ialah aplikasi komuniti yang membantu pengguna mencari dan merekod lokasi tanda aras (BM) menggunakan GPS, peta sumber terbuka dan panduan kamera AR. Pengguna boleh melihat koordinat, ketinggian, arah serta jarak ke lokasi BM, kemudian berkongsi gambar dan maklumat penemuan untuk rujukan komuniti.

Aplikasi ini dibangunkan dan diselenggara sepenuhnya oleh Ozi Network, Melaka. Jejak Sempadan bukan aplikasi rasmi kerajaan, tidak menggunakan pangkalan data JUPEM dan tidak mempunyai sebarang hubungan atau kerjasama dengan JUPEM. Semua maklumat komuniti perlu disahkan di lapangan dan tidak boleh digunakan sebagai pengganti ukuran rasmi oleh juruukur tanah berlesen.

Comments

Popular Posts